Sejarah Pembinaan

Tanah - Tanah kawasan bukit seluas 1,300 ekar dahulunya adalah sebuah estet pertanian sawit dan getah, kemudiannya dibangunkan sebagai kawasan perbandaran baru bernama Bandar Bukit Puchong.

Lokasi - Terletak di bahagian akhir (selatan) Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dan di persimpangan jalan LDP/Jalan Dengkil.

Bersempadan dengan :
  • Kg. Batu 14 Puchong (di sebelah Utara)
  • Taman Puchong Utama dan Meranti Jaya (di sebelah Barat)
  • Kg. Pulau Meranti (di sebelah Selatan)
  • Cyberjaya (di sebelah Selatan & Timur)
  • UPM & MARDI (di sebelah Timur)

Oktober 2004
  • Tapak masjid Islam diserahkan kepada JAIS oleh pihak pemaju. (Bukit Hitam Development Sdn. Bhd.)

Mac - Jun 2005
  • Mesyuarat Penajaan & Pembentukan AJK Jawatankuasa Pembinaan Masjid diadakan di bawah pengelolaan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling.
  • Permohonan peruntukan dan mendirikan Masjid Bandar Bukit Puchong dikemukakan.
  • Permohonan- permohonan pewartaan tapak masjid dikemukakan kepada JAIS dan kemudiaanya kepada Pejabat Tanah Petaling dan Pejabat Tanah Sepang (mengikut mana yang berkenaan).

Mei - Ogos 2006
  • Peruntukan pembinaan Masjid diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  • Pewartaan tapak masjid diluluskan oleh YAB Menteri Besar Selangor pada 13/06/2006. Sempurna diwartakan dengan no. warta 2652 pada 27/09/2007.
Apr - Sep 2007
  • Pembinaan Masjid Bandar Bukit Puchong bermula:
  • Tarikh milik tapak 09/08/2007
  • Tarikh siap kerja 01/10/2008
  • Nilai kontrak RM 4.25 juta
  • Pembinaan jalan di atas rezab jalan bagi jalan masuk ke tapak masjid dicadangkan kepada YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya.
  • Penetapan arah Qiblat dibuat oleh Jabatan Mufti Selangor di tapak masjid.