Program Pengurusan Jenazah Wanita

Muslimat Masjid Bandar Bukit Puchong akan menganjurkan Program Pengurusan Jenazah Wanita

Tarikh: 8hb Nov 2008
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Penyertaan adalah percuma. Semua muslimat terutama warga Bukit Puchong dialu-alukan. Pendaftaran akan dilakukan pada pagi tersebut. Para perserta kursus pengurusan jenazah diminta membawa kelengkapan solat untuk solat berjemaah dan juga untuk praktikal mengafankan jenazah. Sila bawa peralatan menggunting masing-masing. InsyaAllah jamuan disediakan oleh pihak pengurusan masjid. Rebutlah peluang menghadiri kursus pengurusan jenazah yang diadakan secara percuma ini.

Diharapkan kerjasama semua pengunjung dapat menyebarkan maklumat ini kepada jiran tetangga terutamanya kepada zaujah masing-masing. Anda digalakkan mencetak poster yang disertakan untuk digunakan sebagai bahan hebahan. Kerjasama semua amat dihargai.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi ketua muslimat masjid BBP, 0133543484