Perkhidmatan SMS Informasi Aktiviti Masjid

Perkhidmatan SMS Informasi Aktiviti Masjid



Kepada seluruh Ahli Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong,

Harap maklum bahawa pihak masjid telah menyediakan sistem perkhidmatan SMS untuk menyampaikan sebarang informasi terkini kepada seluruh ahli kariah.

Sistem perkhidmatan SMS tersebut boleh dilanggan seperti berikut:
Sila taip DS MASJIDBBP diikuti nama & alamat rumah, dan hantar kepada 36553

Untuk membatalkan langganan:
Sila taip DS BBPLISTCANCEL dan hantar kepada 36553

Setiap SMS yang dihantar akan dicaj 15 sen dan ini ditanggung oleh pihak masjid (Beserta yuran pendaftaran 50 sen, sekali untuk setiap pendaftaran).

Oleh yang demikian, adalah disarankan bahawa setiap keluarga cuma mendaftarkan 1 nombor sahaja untuk mengurangkan beban kepada pihak masjid. Maklumat yang diterima oleh ahli keluarga yang mendaftar boleh disebarkan kepada ahli keluarga yang lain.