Karnival Sukan Masjid Bandar Bukit Puchong 2010/1431H

assalamualaikum,

Masjid Bandar Bukit Puchong (MBBP) akan menganjurkan Karnival Sukan Masjid Bandar Bukit Puchong sessi 2010/1431H pada hari sabtu dan ahad, 13-14 Mac 2010 ini.

acara sukan yang akan dipertandingkan ialah ping-pong, carom, bola jaring, tarik tali, futsal, sepak takraw dan sukaneka. Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan daripada imam-imam masjid. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 feb 2010.

Pihak masjid juga akan membuka tapak-tapak gerai pada karnival sukan tersebut. Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang permohonan daripada imam-imam masjid.

Sekian, harap maklum

- Biro Riadah MBBP -