SAVE PALESTINE

Masjid Bandar Bukit Puchong akan menjemput salah seorang peserta Misi Konvoi Bantuan ke Gaza diatas kapal Mavi Marmara, Tn Hj Jamaluddin Ellias, Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia untuk menceritakan pengalaman peribadi beliau ketika berhadapan dengan situasi diserang komando Israel. Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2010 (Ahad malam Isnin)
Masa: 9:00 malam (selepas solat ISYAK)
Tempat: Masjid Bandar Bukit Puchong

Dijemput seluruh ahli-kariah untuk hadir beramai-ramai.