Pendaftaran Kelas Fardhu Ain Remaja MBBP



Assalamualaikum wbt
Masjid Bandar Bukit Puchong menganjurkan Kelas Fardhu Ain Remaja untuk anak-anak kariah/para jemaah berumur 6-17 tahun.
1.     Sesi Pembelajaran
Kelas diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong pada setiap hari Ahad minggu-1, minggu-2 dan minggu-3 setiap bulan bermula April 2013. Kelas akan terbahagi kepada 3 kumpulan:
  • 6-9 tahun
  • 10-12 tahun
  • 13-17 tahun
2.     Waktu Pembelajaran
Waktu kelas ialah pada jam 9-11 pagi.
3.     Pakaian
Para pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat sewaktu menghadiri kelas.
4.     Makanan/minuman dan Pengangkutan
Makanan/minuman dan pengangkutan tidak disediakan. Ibu bapa/penjaga perlu mendapakan perkhidmatan pengangkutan sendiri jika perlu.
5.     Yuran Pembelajaran
Yuran pembelajaran ialah RM50/pelajar/bulan.


Kepada yang berminat, sila dapatkan borang pada pegawai/imam masjid yang bertugas.

Sekian.

azizul rahman mohd basir
Wakil Pemuda
0192331881