Masjid Bandar Bukit Puchong

.


widgets

Pages

  • Home
  • Struktur Organisasi
  • Khairat Kematian
  • Galeri Ilmu
  • Jadual Kuliah Terkini
  • Buletin Masjid

Senarai Album Gambar

Photo Albums
  • Sebelum pembinaan
  • Pembinaan
  • Majlis Do'a Selamat Gunapakai Masjid
  • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1429H- Rumah Terbuka Masjid Bandar Bukit Puchong
  • Majlis Pelancaran Program Mini Tahfiz
  • Majlis khatam Quran - Ramadhan 1430H
  • Gotong-royong Ramadhan - 1430H
  • Iftar Ramadhan - BP 10 - 1430H
  • Nuzul quran Ramadhan 1430H
  • Solat Sunat Eidul Fitri 1430H
  • Majlis Rumah Terbuka 1430H

Labels: gambar
Newer Post Older Post Home

PENGUMUMAN

CERAMAH UMUM OLEH UST DATO' ISMAIL KAMUS


Tarikh : 03hb Jun 2012 (Ahad)

Waktu : 8.00 mlm

Tempat : Masjid Bandar Bukit Puchong

Penceramah :
- Ustaz Dato' Ismail Kamus


Muslimin dan Muslimat dijemput hadir seisi keluarga

Facebook Badge

Masjid Bandar Bukit Puchong

Promote Your Page Too

Tanya Masjid

MUTIARA HATI

Cinta yang memberikan cahaya “Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?” Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.”” (H.R Abu Daud)

Cinta yang menggugurkan dosa “Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.” (H.R Tabrani)

Cinta yang memberikan keteduhan “Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (H.R Muslim)

Cinta yang berbalas cinta “Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi)

Karena cinta, dicintai-Nya “Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutusa malaikat untuk membuntutinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata, “Kau mau ke mana?” Ia menjawab, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.” Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?” Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT.” Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut karena-Nya.” (H.R Muslim)

Tiga cinta yang manis “Tiga perkara, barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu: 1) Cinta kepada Allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada selain keduanya, 2) Cinta kepada seseorang karena Allah, dan 3) Membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.” (H.R Bukhari-Muslim)

Dari Abu Darda radiallahu 'anhu, dari Nabi Sallallah 'Alaihi Wasallam bahwa beliau bersabda, "Barangsiapa di waktu pagi atau petang membaca Hasbiyallahu....(QS. At-Taubah:129) tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat. (HR Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu')

PESAN LUQMAN KEPADA ANAKNYA

SEPANJANG HIDUPKU, AKU HANYA MEMILIH 8 KALIMAH DARI PUSAKA PARA NABI YANG LALU IAITU :

1) APABILA ENGKAU SEDANG SOLAT KEPADA ALLAH SWT, MAKA JAGALAH BAIK FIKIRANMU

2) APABILA ENGKAU BERADA DI RUMAH ORANG LAIN, MAKA JAGAILAH PANDANGANMU

3) APABILA ENGKAU BERADA DI TENGAH-TENGAH MAJLIS MAKA JAGALAH LIDAHMU

4) APABILA ENGKAU HADIR DALAM JAMUAN MAKAN MAKA JAGALAH PERANGAIMU

5) INGAT KEPADA ALLAH SWT

6) LUPAKAN BUDI BAIK MU PADA ORANG LAIN

7) LUPAKAN SEMUA KESALAHAN ORANG LAIN TERHADAPMU

8) INGAT KEPADA MATI


Jom Jadi Rakan Masjid

Total Pageviews

Sparkline

About MBPP

Masjid Bandar Bukit Puchong
Puchong, Selangor, Malaysia
View my complete profile

Waktu Malaysia

KEINDAHAN ALAM

Loading...

PETA LOKASI

PETA LOKASI
ISU SEMASA

Lambakan filem tahyul, hantu, seram membimbangkan: Dr Juanda


2012/02/21

KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.

Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.

Beliau turut mencadangan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.

Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.
"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.

Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.

Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan. - BERNAMA

FORUM ISU SEMASA

Labels

  • aktiviti (29)
  • berita (6)
  • daftar (1)
  • galeriilmu (2)
  • gambar (12)
  • komuniti (1)
  • Lawatan (1)
  • maklumat-masjid (7)
  • Maklumbalas (1)
  • multimedia (1)
  • pengajian (6)
  • pengumuman (58)
  • Sitemap (1)

PAUTAN

PAUTAN
JAKIM

JAIS

E-ZAKAT

TABUNG HAJI

E-FATWA

SUMBANGAN KEPADA MASJID

Individu/organisasi/syarikat yang ingin menginfaqkan sebahagian dari harta mereka untuk aktiviti masjid boleh menghantar terus ke akaun masjid seperti yang tertera di bawah dan memaklumkan kepada Bendahari MBBP:
MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG AM-ISLAMIC BANK: a/c no - 2362022001144 MAYBANK ISLAMIC : a/c no - 562777211008
Loading...
Masjid Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor.

Artikel Terkini

Loading...

Gambar Terkini

Loading...
Awesome Inc. template. Template images by Jason Morrow. Powered by Blogger.