Assalamualaikum wbt
Masjid Bandar Bukit Puchong
menganjurkan Kelas Fardhu Ain Remaja untuk anak-anak kariah/para jemaah berumur
6-17 tahun.
1.
Sesi
Pembelajaran
Kelas diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong pada setiap hari Ahad
minggu-1, minggu-2 dan minggu-3 setiap bulan bermula April 2013. Kelas akan
terbahagi kepada 3 kumpulan:
- 6-9 tahun
- 10-12 tahun
- 13-17 tahun
2. Waktu
Pembelajaran
Waktu kelas ialah pada jam
9-11 pagi.
3.
Pakaian
Para pelajar hendaklah
berpakaian menutup aurat sewaktu menghadiri kelas.
4.
Makanan/minuman
dan Pengangkutan
Makanan/minuman dan
pengangkutan tidak disediakan. Ibu bapa/penjaga perlu mendapakan perkhidmatan
pengangkutan sendiri jika perlu.
5.
Yuran
Pembelajaran
Yuran pembelajaran ialah RM50/pelajar/bulan.
Kepada yang
berminat, sila dapatkan borang pada pegawai/imam masjid yang bertugas.
Sekian.
azizul
rahman mohd basir
Wakil Pemuda
0192331881