Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Ceramah Isu Palestin Oleh Muslim Care


Satu ceramah mengenai isu Palestin telah di adakan pada 05.01.2013 (Jumaat) yang lalu oleh Muslim Care.  Di mana penceramah undangan adalah Haji Halim Redzuan dari Muslim Care.  Insyallah sama-samalah kita membantu rakyat Palestin dan membebaskan bumi Palestin dan  Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis.

p/s- Mohon maaf kerana gambar sekitar ceramah tidak dapat di upload ke dalam blog disebabkan oleh masalah teknikal. Walaubagaimana pun gambar mengenai ceramah di atas telah di upload ke dalam Fanpage MBBP di http://www.facebook.com/MASJIDBBP .





FORUM MAULIDURRASUL 5 FEBRUARY 2012

Forum Maulidurrasul 1433H


Tajuk: Rasulullah SAW Insan Yang Dirindui

Tarikh: 5-Febuari-2012 (Ahad)

Masa: 7:45 Malam

Tempat: Masjid Bandar Bukit Puchong

Ahli Panel:

Ahli Panel 1 : Ustaz Muhd Redza bin Ahmad , Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Ahli Panel 2: Ustaz Abu Zaki bin Ismail, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Moderator : Tuan Haji Mohd Sopian bin Omar, AJK Masjid Bandar Bukit Puchong.


Aturcara majlis:

7.30: Solat Maghrib berjamaah

7.45: Selawat Nabi

8.00: Forum Maulidurrasul 1433H

10:00: Solat Isyak

10:20: Jamuan Ringan


"Tak Kenal Maka Tak Cinta, Tak Cinta Maka Tak Rindu"

"Tak Rindu Maknanya Tak Kenal Dan Tak Cinta"

"Adakah Kita Merindui Rasulullah SAW?"

MUSLIMIN  MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR SEKELUARGA

PROGRAM IBADAH QURBAN

Masjid Bandar Bukit Puchong akan mengadakan Ibadah Qurban seperti di butiran berikut ;




Tarikh : 06hb November 2011

Hari : Ahad

Masa : jam 9.30 pagi

Tempat : Platform 1, Masjid Bandar Bukit Puchong



Harga bagi satu bahagian lembu qurban atau aqiqah adalah RM410.00 satu bahagian dan Kambing dari RM950.00 - RM1,200.00 seekor.



Bagi mereka yang berhajat untuk mengerjakan ibadah qurban atau aqiqah pada kali ini, dimohon dapatkan borang di masjid dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23hb Oktober 2011.



Anak-anak Qariah MBBP di alu-alukan untuk menjadi petugas pada hari qurban tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj Nizam 0194473644

Kuliah Maghrib 13 Julai Oleh Imam Muda2 Fakhrulrazi Hussein

Di jemput muslimin muslimat untuk mendengar kuliah maghrib oleh finalist Imam Muda2, Ustaz Fakhrulrazi Hussein.

Pot Luck dialu-alukan.

Mesyuarat Agung Masjid

Tarikh: 24 Julai 2011
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pg - 1 tgh.

Makan tengahari d sediakan

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

MALAM NISFU SYAABAN 16 JULAI 2011

Program nisfu syaaban akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Agenda :
              7 petang       - kehadiran jemaah
              7.30 malam  - Solat maghrib
              7.50 malam   - Bacaan Yasin oleh Imam MBBP
              8.45 malam   - Solat Isya'
              9.00 malam   - Jamuan

Muslimin dan muslimat dijemput hadir sekeluarga. POT LUCK dialu-alukan.

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ 28 JUN 2011

Majlis sambutan Isra' Mi'raj akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 Jun 2011

Penceramah : YBhg Dato Dr Haron Din

Agenda :
6.30 petang Ketibaan tetamu
7.28 petang Azan dan solat maghrib
8.00 malam Ceramah perdana Isra' & Mi'raj
Oleh : YBhg Dato Dr Haron Din
8.44 malam Azan Isya'
8.50 malam Sambungan ceramah
9.30 malam Solat Isya'
9.45 malam Jamuan makan malam
10.30 malam Bersurai

Muslimin Muslimat di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

PROGRAM MAULIDUR RASUL

Program Maulidur Rasul akan di adakan pada 15 February 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli, pakar motivasi dan penceramah bebas. Pertandingan selawat juga akan diadakan bagi kategori bawah 17 tahun dan atas 17 tahun.



Agenda :

9.00 pagi Ketibaan para tetamu

9.15 pagi Bacaan doa & ayat suci al-Quran

9.25 pagi Ucapan oleh Timbalan Nazir

9.30 pagi Pertandingan selawat bermula - peringkat pertama

10.00 pagi Rehat

10.15 pagi Pertandingan selawat - peringkat kedua

11.00 pagi Keputusan

11.15 pagi Ceramah oleh Ustaz Akhwan

12.30 t/hari Jamuan

1.30 t/hari Solat Zuhur

2.00 ptg Bersurai


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

KULIAH HALAL HARAM DALAM ISLAM

Kuliah maghrib Ustaz Muhammad Saffiri Ismail dari Akademi Pengajian Islam akan diadakan pada Sabtu 8 January 2011 dan Sabtu 29 January 2011.

Semua muslimin muslimat dijemput hadir menghadiri majlis ilmu tersebut.

KULIAH TAFSIR QURAN

Kuliah maghrib Tafsir Quran Juz 30 oleh Al Fadhil Ustaz Dahim akan diadakan setiap Ahad minggu ke-4 bermula 28 November 2010.

Kitab Tafsir (edisi rumi) dijual RM18.00 senaskah. Sila hubungi Hj Marzuki 0133254001 untuk tempahan kitab tersebut.

KULIAH KHAS BULANAN

Kuliah khas bulanan bagi bulan November akan di sampaikan oleh Ustaz Zahazan Mohamed seperti berikut :

Tarikh : 4 NOvember 2010

Waktu : Selepas solat maghrib

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.

BORANG PENYERTAAN QURBAN DAN AQIQAH 2010


MAJLIS DOA SELAMAT BAGI JEMAAH HAJI 1431H

Majlis doa selamat dan solat hajat untuk ahli qariah yang akan pergi menunaikan haji akan diadakan pada Jumaat, 1 Oktober selepas Isyak. Mohon semua bakal haji hadir.

MAJLIS SAMBUTAN EIDUL FITRI 1431H/2010

Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1431H/2010 Masjid Bandar Bukit Puchong akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 September 2010
Masa : 2 pm - 5 pm


Semua warga Bandar Bukit Puchong dijemput hadir. Lawatan ke kawasan masjid untuk non-muslim juga disediakan.

tazkirah ramadhan oleh tuan haji azmil mustapha

assalamualaikum wbt,

masjid bandar bukit puchong menjemput tuan haji azmil mustapha untuk tazkirah ramadhan.

butiran majlis tazkirah ini adalah seperti berikut:

-tarikh: selasa, 17 ogos 2010
-masa: selepas solat terawih (9:30 pm)
-tempat: masjid bandar bukit puchong

semua dijemput hadir.

sekian.


http://www.google.co.uk/m/search?oe=UTF-8&client=safari&q=azmil+mustapha&hl=en&site=images&ei=w3BnTNCCLsS7rAeS7N70AQ&ved=0CBkQsAQwAw#i=8